Selangor sumbang basikal elektrik, jetski kepada PDRM

Amirudin menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin dalam Majlis Ringkas Penyerahan Sumbangan Kelengkapan PPE kepada Jabatan Penjara Malaysia Negeri Selangor serta Jet Ski dan Electric Bike kepada PDRM hari ini.
Amirudin menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin dalam Majlis Ringkas Penyerahan Sumbangan Kelengkapan PPE kepada Jabatan Penjara Malaysia Negeri Selangor serta Jet Ski dan Electric Bike kepada PDRM hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menyumbang 18 basikal elektrik dan lapan jetski untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melancarkan Ops Benteng yang dijalankan pihak berkuasa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sumbangan itu merupakan usaha kerajaan negeri untuk turut sama menggalas tanggungjawab bersama-bersama dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha mengawal penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

"Kita akui bahawa persisir pantai di negeri ini bukan sahaja memerlukan pos-pos kawalan tetapi turut memerlukan kenderaan yang mampu bergerak dengan pantas sama ada di atas pasir atau kawasan-kawasan seperti belukar dan sebagainya.

"Jadi kita telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1.15 juta untuk menyediakan kemudahan ini dan bakal digunakan pada 1 November nanti dengan menggunakan formasi 'buddy system'," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ringkas Penyerahan Sumbangan Kelengkapan PPE kepada Jabatan Penjara Malaysia Negeri Selangor serta Jet Ski dan Basikal Elektrik kepada PDRM oleh Kerajaan Negeri Selangor di Foyer Bangunan SUK hari ini.

Selain itu, kerajaan Selangor turut membekalkan beberapa peralatan penjagaan kesihatan seperti 100 unit sut peralatan perlindungan diri (PPE), 500 unit perisai muka, 300 unit sarung tangan, 200 unit gaun, 500 unit pelitup muka, 500 cecair pembasmi kuman dan 200 apron kepada Jabatan Penjara Malaysia Negeri Selangor sebagai sebahagian daripada usaha mengurus pandemik Covid-19 di penjara-penjara sedia ada.

Artikel Berkaitan: