Sinar Harian menang tiga Anugerah Kewartawanan Kelantan

Sinar Harian Kelantan berjaya menang tiga anugerah iaitu Laporan Khas Terbaik dan Laporan Rencana Terbaik pada Malam Anugerah Kewartawan Kelantan 2019/2020.
Sinar Harian Kelantan berjaya menang tiga anugerah iaitu Laporan Khas Terbaik dan Laporan Rencana Terbaik pada Malam Anugerah Kewartawan Kelantan 2019/2020.
A
A
A

KOTA BHARU - Sinar Harian Kelantan berjaya menang tiga anugerah termasuk Laporan Khas Terbaik dan Laporan Rencana Terbaik pada Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan (MAKK) 2019/2020 yang berlangsung di sebuah hotel di sini malam tadi.

Ketua Biro Sinar Harian Kelantan, Rosmiza Kassim mengungguli tempat pertama bagi kategori Laporan Khas Terbaik bertajuk Etok Makanan 'Orang Kaya'.

Sementara rencana gandingan Hazelen Liana Kamarudin, Rosalwani Che Soh dan Adila Sharini Wahid bersama bekas wartawan Sinar Harian iaitu Sapinah Ab Ghani; Rohana Ismail; Zumurni Hamzah serta Azura Mohamad menduduki tempat ketiga menerusi artikel berjudul Ancaman Pil Kuda Kacuk.

Kecemerlangan Sinar Harian diteruskan menerusi Siti Nor Akmaliah Razak juga bekas Skuad Gua Musang yang menduduki tempat ketiga menerusi penulisan berita, Adat Semadi Mayat Atas Pokok bagi kategori Laporan Rencana Terbaik.

Juara meraih wang tunai berjumlah RM1,500, sijil dan cenderamata, tempat kedua membawa pulang wang tunai RM1,000, sijil dan cenderamata manakala tempat ketiga RM700 membawa pulang wang tunai RM1,000 sijil dan cenderamata.

Majlis disempurnakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah itu turut dihadiri Timbalan Menteri Di Jabatan Menteri Bahagian Agama, Ahmad Marzuk Shaary serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nasuruddin Daud.

Artikel Berkaitan: