Hina Agong: Polis siasat pemilik Facebook Ho Ruey Terng

Mior Faridalathrash
Mior Faridalathrash
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat pemilik akaun Facebook, Ho Ruey Terng selepas didapati memuat naik hantaran serta gambar menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes terbabit.

"Kertas siasatan terhadap pemilik akaun itu telah dibuka kerana memuat naik hantaran menghina Agong.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular satu 'posting' di laman sosial Facebook yang dimuat naik Ho Ruey Terng berhubung satu kenyataan yang berbaur hasutan dan menghina Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hingga menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen.

Dalam hantaran itu, pemilik akaun terbabit mengeluarkan kata-kata kesat apabila dikaitkan dengan alasan gagal mencari penyelesaian pandemik koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, hasil carian mendapati individu berkenaan telah nyahaktifkan akaun Facebooknya.

Artikel Berkaitan: