James Ingram meninggal dunia

James Ingram
James Ingram
A
A
A

PENYANYI R&B terkenal, James Ingram dilaporkan meninggal dunia di usia 66 tahun, pada Selasa.

Berita kematiannya James dikongsi rakan baiknya, Debbie Allen menerusi laman Twitter miliknya semalam.

“Saya kehilangan seorang sahabat, James Ingram. Dia akan selalu dihargai, disayangi dan dikenang di atas kebijaksanaan, kasih sayang pada keluarga dan sifat kemanusiaannya.

“Saya amat bersyukur kerana dapat mendekatinya. Kami akan sentiasa mengenangnya,” luah Allen.

No Image Caption

Bagaimanapun, punca kematian pelantun lagu Just Once dan I Don’t Have The Heart ini tidak didedahkan kepada umum.

Mendiang memulakan karier di dalam bidang muzik bersama kumpulan Revelation Funk dan kemudian sebagai pemain keyboard untuk pengasas lagu berentak ‘soul’, Ray Charles.

Sepanjang kerjaya seninya, James yang juga merupakan penyanyi kelahiram Ohio, Amerika Syarikat ini pernah dicalonkan sebanyak 14 kali dalam Anugerah Grammy serta memenangi trofi Penyanyi Lelaki Terbaik (R&B) dalam anugerah berkenaan menerusi lagu One Hundred Ways pada 1981.

Artikel Berkaitan: