Pejabat KWSP di tiga negeri ditutup sementara

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan notis penutupan sementara pejabat KWSP di beberapa lokasi di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Sabah.

KWSP dalam satu kenyataan di Facebook hari ini menjelaskan, penutupan itu berkuat kuasa pada 22 Oktober sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Penutupan sementara ini disebabkan peningkatan kes Covid-19 di sekitar Lembah Klang dan Sabah.

“Ahli disarankan untuk melakukan transaksi tertentu melalui secara online melalui i-Akaun,” kata kenyataan itu.

Kenyataan notis penutupan cawangan pejabat KWSP yang dikeluarkan agensi berkenaan hari ini.
Kenyataan notis penutupan cawangan pejabat KWSP yang dikeluarkan agensi berkenaan hari ini.

Antara pejabat KWSP yang terlibat ialah Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Jalan Raja Chulan, Kepong, Seri Petaling (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Shah Alam, Petaling Jaya, Kajang, Klang, Puchong, Gombak, Rawang, Kuala Selangor (Selangor); Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Keningau, Lahad Datu, Kudat, Beaufort, Kota Marudu (Sabah) dan Labuan.

KWSP turut memaklumkan sebarang pertanyaan boleh layari laman media sosial rasmi di Facebook, Twitter atau laman sesawang www.kwsp.gov.my.

Artikel Berkaitan: