APM Kubang Pasu serah 46 ekor ular kepada Perhilitan

Antara ular yang berjaya ditangkap oleh APM Kubang Pasu dalam tempoh 46 hari.
Antara ular yang berjaya ditangkap oleh APM Kubang Pasu dalam tempoh 46 hari.
A
A
A

JITRA - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pasu menyerahkan 46 ekor ular pelbagai jenis yang ditangkap dalam tempoh 46 hari kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah.

Pegawai Pertahanan Awam Kubang Pasu, Kapten (PA) Kamalruzamal Kasa berkata, antara ular yang paling kerap ditangkap ialah ular tedung senduk, ular tedung selar, ular sawa, rusuk kerbau dan lain-lain.

Katanya, memandangkan cuaca panas ketika ini ular akan mencari lokasi yang lebih sejuk untuk berlindung.

No Image Caption

"Kebanyakan kes yang kami terima melibatkan ular berada di dapur, bilik air, tandas, termasuk kes menangkap ular tedung selar di atas siling.

"Hari ini (semalam) sahaja, APM Kubang Pasu menyerahkan 13 ekor ular termasuk tiga ekor ular tedung selar untuk tindakan pihak Jabatan Perhilitan Kedah," katanya.

Kamalruzamal juga mengucapkan tahniah atas komitmen anggota APM Kubang Pasu yang sentiasa membantu masyarakat berhadapan pelbagai situasi bahaya.

"Saya juga menasihatkan orang awam supaya lebih berhati-hati sekiranya berhadapan dengan reptilia berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Sekiranya terserempak dengan ular, segeralah hubungi pihak berwajib, kerana ia boleh mengundang musibah sekiranya tidak ditangani dengan betul," katanya.