UMNO, Pas setuju daftar Muafakat Nasional secara rasmi

Kenyataan akhbar berhubung keputusan kepimpinan UMNO dan Pas untuk mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi dengan RoS.
Kenyataan akhbar berhubung keputusan kepimpinan UMNO dan Pas untuk mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi dengan RoS.
A
A
A

SHAH ALAM - Kepimpinan UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Menerusi kenyataan bersama hari ini oleh Setiausaha Agung MN I, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung MN II, Datuk Takiyuddin Hassan, mereka berdua mengesahkan perkara tersebut.

"Kepimpinan MN telah bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara kedua-dua parti sebagai persediaan bagi menghadapi PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15).

"Kepimpinan kedua-dua parti akhirnya bersetuju untuk mendaftarkan MN secara rasmi RoS," katanya.

Terdahulu, Mesyuarat Jawatankuasa Perunding MN dijadualkan diadakan semalam namun terpaksa ditangguhkan susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai langkah mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan: