Lelaki maut tersepit bawah pacuan empat roda

Mangsa maut selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan pacuan empat roda di kawasan hutan simpan Lumadan, Beaufort.
Mangsa maut selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan pacuan empat roda di kawasan hutan simpan Lumadan, Beaufort.
A
A
A

BEAUFORT - Seorang lelaki maut selepas tersepit di bawah kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya dalam kemalangan di kawasan hutan simpan Lumadan di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1. 15 tengah hari itu, mangsa Kusan Anumanthan Kumar, 46, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, kemalangan berlaku ketika sekumpulan pekerja dalam perjalanan pulang selepas melakukan kerja pembinaan pencawang dan pemasangan kabel elektrik di kawasan hutan simpan berkenaan.

"Pemandu lelaki berusia 50 tahun mengambil lapan pekerja dari kawasan itu dengan menggunakan kenderaan jenis Toyota Hilux dan tujuh pekerja termasuk mangsa duduk di bahagian belakang pacuan empat roda itu.

"Ketika kejadian, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu mengundur ke belakang sebelum terbabas ke kanan jalan dan terbalik," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian leher disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian leher disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Menurut Azmir, akibat kejadian itu tujuh penumpang yang berada di bahagian belakang cedera selepas berjaya menyelamatkan diri dengan melompat keluar manakala mangsa parah akibat tersepit di bawah kenderaan.

"Mangsa tersepit dan mengalami kecederaan parah di bahagian leher dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Artikel Berkaitan:

"Pemandu bersama seorang penumpang hadapan dan enam lagi penumpang di bahagian belakang hanya mengalami cedera ringan," katanya.

Kenderaan pacuan empat roda yang membawa sekumpulan pekerja terbabit dalam kemalangan di kawasan hutan simpan Lumadan, Beaufort semalam.
Kenderaan pacuan empat roda yang membawa sekumpulan pekerja terbabit dalam kemalangan di kawasan hutan simpan Lumadan, Beaufort semalam.

Terdahulu, Azmir berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan dengan baik ketika melalui kawasan berbukit.

"Bagaimanapun, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.