PKNP FC perkenal jersi baharu

Zainol Fadzi menunjukkan jersi utama PKNP FC yang akan dipakai sepanjang kejohanan Liga Super musim ini.
Zainol Fadzi menunjukkan jersi utama PKNP FC yang akan dipakai sepanjang kejohanan Liga Super musim ini.
A
A
A
SELEPAS pasukan Perak, sebuah lagi pasukan Liga Super yang akan berpangkalan di Manjung, PKNP FC melancarkan jersi mereka musim ini.

PKNP FC musim ini tampil garang dengan jersi berwarna putih sebagai jersi utama manakala dua lagi jersi kedua dan ketiga masing-masing berwarna jingga serta biru.

Menggunakan jersi jenama Admiral tajaan SkyHawk, PKNP FC turut menampilkan jersi yang dipakai penjaga gol berwarna hijau, merah dan kuning.

Majlis pelancaran disempurnakan Presiden PKNP FC, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang turut disertai wakil penaja.

Dalam pada itu, kesemua pemain utama pasukan berkenaan turut diperkenalkan kepada penyokong termasuklah pemain dari pasukan Piala Belia dan Piala Presiden.

Turut diumumkan pada majlis tersebut, semua jurulatih dan pegawai bagi ketiga-tiga pasukan.

Dianggarkan 4,000 penyokong membanjiri Stadium Majlis Perbandaran Manjung untuk menyaksikan majlis pelancaran tersebut.

Perlawanan persahabatan di antara pasukan pilihan Manjung dan pilihan PKNP FC turut diadakan sejurus pelancaran.

Artikel Berkaitan: