Bergilir beli Sinar Harian

Muhammad Iqbal (kiri) dan Ahmad Aiman Asyraf dari Bunut Susu, Pasir Mas sepakat menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang bermula sejak 5 Oktober lalu.
Muhammad Iqbal (kiri) dan Ahmad Aiman Asyraf dari Bunut Susu, Pasir Mas sepakat menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang bermula sejak 5 Oktober lalu.
A
A
A

PASIR MAS - Dua sepupu, Muhammad Iqbal Mazlan, 22, dan Ahmad Aiman Asyraf Muhammad, 19, dari Bunut Susu di sini sepakat menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang bermula 5 Oktober lalu.

Muhammad Iqbal berkata, setiap hari mereka akan bergilir-gilir membeli naskhah akhbar Sinar Harian untuk mengumpul borang bagi menyertai peraduan tersebut.

“Bukan itu sahaja, kami akan berbincang mengenai jawapan kepada setiap soalan yang dikemukakan.

“Selain itu, kami bertukar-tukar pandangan mengenai idea dalam menghasilkan slogan yang menarik, ringkas dan padat,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, peraduan itu merupakan ‘wang terpijak’ kepada semua pembaca Sinar Harian.

Katanya, peluang yang ada itu perlu direbut sebaik mungkin bagi memastikan rezeki berpihak kepada mereka.

Sementara itu, Ahmad Aiman Asyraf memberitahu, dia sangat mengharapkan usaha mereka membuahkan hasil yang lumayan.

Katanya, sekiranya menang mereka akan menggunakan wang tersebut untuk tujuan berfaedah.

“Selain menguji pengetahuan mengenai lokasi-lokasi menarik di Malaysia, peraduan ini turut menyemai semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda menerusi pengetahuan am semasa mencari jawapan kepada setiap soalan yang diberikan,” katanya.

Ahmad Aiman Asyraf berkata, peraduan sebegini juga secara tidak langsung menjadi platform Sinar Harian menghargai pembaca setia mereka.

Artikel Berkaitan: