[VIDEO] 'Saya persembah dokumen sokongan 38 ahli Parlimen PKR'

ANWAR. Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR
ANWAR. Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau sudah mengemukakan senarai nama penuh ahli Parlimen yang menyokongnya ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Selasa lalu.

Anwar sebaliknya berkata, beliau mempersembahkan surat dan dokumen sokongan 38 ahli Parlimen PKR kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tanpa disertakan nama.

“Dalam kenyataan saya, saya mempersembahkan surat dan juga dokumen dan tiada sebarang nama dinyatakan.

"Saya memaklumkan ada 38 ahli Parlimen dari PKR yang menunjukkan sokongan kukuh terhadap saya,” katanya pada sidang media selepas hadir memberi keterangan di Bukit Aman hari ini.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan beliau sudah mengemukakan senarai nama ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Anwar berkata, adalah tidak munasabah orang lain mengetahui secara terperinci pertemuan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong.

Selasa lalu, Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mendakwa Seri Paduka Baginda akan meneliti terlebih dahulu dokumen yang diserahkannya, sebelum memanggil kesemua ketua-ketua parti politik.

Anwar bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya kepada budi bicara dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong berhubung dakwaannya memiliki majoriti sokongan ahli Parlimen.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN Anwar mohon Agong sahkan senarai majoriti ahli Parlimen