DACS sokong keputusan Tun M sekat atlet Israel

Muhammad Fadzli
Muhammad Fadzli
A
A
A
GOMBAK - Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pemuda Pas Malaysia menyokong penuh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melarang atlet renang Israel menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019, Julai depan.

Pengarahnya, Muhammad Fadzli Abu Bakar berkata, walaupun Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak penganjuran kepada Malaysia namun ketegasan negara ini selaras dengan pendirian dasar luar yang tiada hubungan diplomatik dengan Israel.

Menurutnya, DACS berpendirian isu ini bukan hanya melibatkan sukan semata-mata sebaliknya perlu dilihat secara lebih mendalam.

"Ia melibatkan isu kemanusian yang secara terangan tidak diendahkan Israel dengan membunuh ratusan ribu rakyat Palestin secara kejam.

"Matlamat sesuatu acara sukan itu diadakan bertujuan memupuk semangat persaudaraan, keamanan dan saling kenal-mengenal serta menghormati. Matlamat ini secara jelas dilanggari oleh rejim Israel," katanya.

Tegasnya, tindakan kerajaan adalah tepat dan memohon sokongan rakyat Malaysia mempertahankan keputusan tersebut.

"Rasulullah SAW juga ada bersabda, tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya (Hadis Riwayat al-Bukhari).

"Jangan biarkan seinci pun tanah air kita dijejaki rakyat Israel laknatullah dan ambil tindakan tegas jika mereka masuk ke negara kita," katanya.

Artikel Berkaitan: