Masih adakah 'sinar' pelancongan kesihatan negara?

Walaupun sempadan negara untuk tujuan pelancongan kesihatan sudah dibuka sejak 1 Julai secara berfasa tapi hanya melibatkan pesakit kritikal serta pelancong kesihatan yang mempunyai masalah kesihatan serius dan memerlukan rawatan segera.
Walaupun sempadan negara untuk tujuan pelancongan kesihatan sudah dibuka sejak 1 Julai secara berfasa tapi hanya melibatkan pesakit kritikal serta pelancong kesihatan yang mempunyai masalah kesihatan serius dan memerlukan rawatan segera.
A
A
A

MENJEJAKI awal tahun 2020, wanita ini mempunyai misi sangat penting untuk memastikan segala prospek pelancongan kesihatan di hospitalnya berjalan lancar serta memenuhi apa yang diingini dan dirancangkan oleh pihak pengurusannya.

Biarpun tidak menang tangan dibuatnya berikutan pelbagai aspek perlu diambil perhatian jitu, namun Eksekutif Kanan, Pusat Perkhidmatan Pesakit Antarabangsa (IPC) Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL), Hemakumari Sugayindran ini bersama rakan sekerjanya begitu komited dan bersemangat sekali untuk menjayakan perancangan itu.

Ini memandangkan PHKL mempunyai misi sangat penting pada tahun ini untuk sektor penawaran pelancongan kesihatannya bagi menarik lebih ramai lagi kedatangan warga antarabangsa untuk memilih hospital berkenaan dalam mendapatkan kepelbagaian rawatan perubatan.

Apatah lagi, Hemakumari bersama rakannya difahamkan bahawa jumlah ketibaan pelawat kesihatan antarabangsa dijangka meningkat tahun ini berikutan kempen Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020 (MyHT2020) yang sepatutnya dianjurkan bersama Tahun Melawat Malaysia 2020.