Bapa dengar bisikan suruh bunuh anak

Semalam, Sinar Harian melaporkan, mayat Wan Mohamad Afiq berusia lapan bulan ditemui berbungkus dalam sebuah guni dan disorokkan di rak dapur rumah suspek di Kampung Sungai Dua di sini
Semalam, Sinar Harian melaporkan, mayat Wan Mohamad Afiq berusia lapan bulan ditemui berbungkus dalam sebuah guni dan disorokkan di rak dapur rumah suspek di Kampung Sungai Dua di sini
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang bapa mendakwa mendengar ‘suara‘ malaikat menyuruhnya melumur garam kasar ke tubuh anak berusia lapan bulan sebelum diarah membunuh bayi lelakinya itu.

Mayat bayi berkenaan, Wan Mohamad Afiq Zafwan Wan Roslan ditemui dibungkus dalam guni di sebuah rumah di Kampung Sungai Dua, Bachok semalam.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, siasatan awal mempercayai suspek berkemungkinan berhalusinasi sebelum bertindak kejam sedemikian.

Katanya, polis juga menyiasat kemungkinan pekebun berusia 40 tahun tersebut terlibat dengan kegiatan ajaran sesat.

“Siasatan masih diteruskan termasuk meneliti tindakan lumur garam berkemungkinan suspek terlibat dengan ajaran sesat,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat bayi dilumur garam, disorok dalam guni bawah dapur

Terdahulu, beliau menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Ketua JPJKK, Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kelantan menggantikan Asisten Komisioner Mit Emong yang mengambil alih jawatan Sheik Azhar.

Artikel Berkaitan:

Shafien (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Sheik Azhar (kiri) yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kelantan menggantikan Mit Emong (kanan) yang mengambil alih jawatan Sheik Azhar.
Shafien (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Sheik Azhar (kiri) yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kelantan menggantikan Mit Emong (kanan) yang mengambil alih jawatan Sheik Azhar.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, hasil bedah siasat bayi lelaki berkenaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala yang berkemungkinan akibat hentakan atau terjatuh.

“Prosedur bedah siasat terhadap mayat selesai dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada jam 4 pagi hari ini.

“Suspek diperintah reman hari ini manakala isterinya yang berusia 32 tahun diambil keterangan dan berdasarkan percakapan awal wanita tersebut masih dalam keadaan trauma,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, mayat Wan Mohamad Afiq Zafwan Wan Roslan berusia lapan bulan ditemui berbungkus dalam sebuah guni dan disorokkan di rak dapur rumah suspek di Kampung Sungai Dua di sini.

Keadaan mayat didapati ada kesan luka di kiri dan kanan leher serta lebam pada badan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa bunuh anak terpaksa diusung masuk mahkamah