Tampin, Jempol dan Seremban bakal alami gangguan bekalan air

Sebahagian kawasan di Tampin, Jempol dan Seremban akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 20 hingga 21 Oktober ini.
Sebahagian kawasan di Tampin, Jempol dan Seremban akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 20 hingga 21 Oktober ini.
A
A
A

SEREMBAN- Sebahagian kawasan di Tampin, Jempol dan Seremban akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 20 hingga 21 Oktober ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Norzita Ismail berkata, gangguan itu berikutan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual bangunan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan peralatan elektrik di Loji Rawatan Air (LRA) Gemas Baru, Tampin serta pengalihan paip bersaiz 600 mm dan 250 mm di Jambatan Sungai Temiang, Seremban.

"Gangguan tersebut bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 8 pagi keesokan harinya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Di Tampin, gangguan melibatkan seluruh kawasan Kem Sirajuddin, Dataran Satria, Felda Bukit Jalor, Taman Pinggiran Felda, Pekan Air Kuning serta Parit Buluh, Taman Semarak, Taman Sri Air Kuning, Taman Air Kuning, Kampung Baru Air Kuning, Air Kuning Selatan, Kampung Mantai, Jalan Gemas, Jalan Mahkamah, Taman Molek, Rumah Rakyat Gemas, Taman Desa Permai Gemas, Taman Gemas Jaya.

Selain itu, ia turut melibatkan Taman Sahabat, Taman Sentosa, Taman Gemas Setia, Taman Desa Bakti, Rumah Murah Gemas, Taman Damai Gemas, Kampung Sri Gemas, Taman Armani, Jalan Tok Sulong, Kampung Melayu Bukit Masjid, New Village Gemas, Pekan Gemas, Taman Gemas Indah, KTM Gemas, Taman Sungai Gemas, Kampung Ladang Gemas, Kampung Bangkahulu, Kampung Ulu Ladang.

Kawasan lain yang turut terlibat ialah Kampung Londah, Taman Halacara Baru, Taman Pasir Besar, Kampung Pasir Besar, Kilang Pasir Besar, Kilang Getah Pasir Besar, MRSM Sungai Dua, Kampung Paya Lebar, Kampung Tiong, Pusat Perniagaan Seri Mutiara, Taman Sri Mutiara, Pusat Perdagangan Mewah, Klinik Kesihatan Gemas, Taman Pahlawan, Taman Satria, Taman Molek dan Kilang Ayam Huat Lai Air Kuning.

Mengulas lanjut, beliau berkata, di daerah Jempol melibatkan sebahagian kawasan iaitu di gugusan Felda Palong 2 hingga 16.

"Daerah Seremban pula melibatkan seluruh kawasan Templer, Lobak, Jalan Temiang dan sebahagian bandar Seremban.

Artikel Berkaitan:

"Bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat, bagaimanapun beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan lebih lama.

"Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982," katanya.