Runner ditemui maut dalam sungai

Penduduk kampung keluar melihat penemuan mayat berkenaan di Sungai Galas dekat Kampung Kolam Mas di sini hari ini. - Foto ihsan pembaca (Gambar kecil: Mohd Taufik Maidin )
Penduduk kampung keluar melihat penemuan mayat berkenaan di Sungai Galas dekat Kampung Kolam Mas di sini hari ini. - Foto ihsan pembaca (Gambar kecil: Mohd Taufik Maidin )
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang runner insurans ditemui maut di Sungai Galas dekat Kampung Kolam Mas di sini hari ini.

Mangsa, Jee Meng Teng, 55, ditemui oleh seorang penduduk kampung kira-kira jam 1.30 petang selepas tersangkut pada pokok di dalam sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Mohd Taufik Maidin berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa tinggal di Kampung Baru di sini.

Menurutnya, sekitar jam 9.30 malam pada Selasa lalu mangsa ada memberitahu isterinya bahawa dia mahu tidur lebih awal kerana keletihan.

"Namun ketika isterinya tersedar dari tidur pada jam 3 pagi, dia mendapati mangsa tiada di sebelah.

Mayat yang ditemui di Sungai Galas dekat Kampung Kolam Mas dibawa ke tebing sungai oleh pihak bomba. - Foto ihsan pembaca
Mayat yang ditemui di Sungai Galas dekat Kampung Kolam Mas dibawa ke tebing sungai oleh pihak bomba. - Foto ihsan pembaca

"Mangsa ada mengalami masalah susah untuk tidur malam sejak empat atau lima tahun lalu. Malah difahamkan kerjaya mangsa sebagai sebagai 'runner' juga semakin berkurangan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa sudah dibawa naik ke tebing sungai oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Gua Musang.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mayat mangsa tersangkut pada sebatang pokok di dalam sungai terbabit yang berkedalaman lebih kurang satu meter.

"Siasatan awal mendapati tidak terdapat unsur jenayah dan punca kematian masih belum diketahui.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk siasatan lanjut," katanya.