'Cukuplah bergaduh, rakyat sengsara'

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

SHAH ALAM – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) meminta kesemua parti politik untuk berdamai sementara waktu susulan peningkatan wabak koronavirus (Covid-19) melanda negara.

Pengasasnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tempoh pendamaian yang dikenali sebagai #PauseMalaysia itu amat memandangkan situasi kini agak kritikal dan mendesak.

Menurutnya, polemik mengenai perubatan kuasa atau kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) harus dihentikan dalam tempoh ini.

“Tempoh berdamai antara semua parti politik kerana situasi kini amatlah mendesak rakyat. Rakyat sedang menderita. Janganlah ada lagi perebutan kuasa dari mana-mana parti politik dalam tempoh ini.

“Tidak ada PRU selagi ancaman Covid-19 masih berleluasa di Malaysia. Pihak kerajaan, pembangkang dan Bebas (perlu) duduk semeja, wujudkan satu kerjasama melebihi kepartian dalam meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan nombor satu. Anda bergaduh, rakyat sengsara,” ciapnya di Twitter beliau hari ini.

Syed Saddiq meminta kesemua parti politik untuk berdamai sementara waktu susulan peningkatan wabak Covid-19 melanda negara.
Syed Saddiq meminta kesemua parti politik untuk berdamai sementara waktu susulan peningkatan wabak Covid-19 melanda negara.

Baru-baru ini, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menunggu tarikh baharu untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan bilangan ahli Parlimen yang menyokong beliau menubuhkan kerajaan baharu.

Dalam satu sidang akhbar tergempar pada 24 September lalu, Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa, beliau mempunyai sokongan majoriti yang kukuh untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Baru Sapi di Sabah akan diadakan dalam masa dua bulan selepas penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia.

Pause Malaysia

Cukup cukup lah bergaduh! Sambil ada yang berebut takhta kuasa, rakyat terus menderita dan sengsara. ENOUGH! Fokus jaga rakyat! #PauseMalaysia

Posted by Syed Saddiq Syed Abdul Rahman on Wednesday, October 7, 2020