Polis tahan suami, isteri miliki syabu

No Image Caption
A
A
A

BEAUFORT - Polis menahan sepasang suami isteri selepas syabu seberat 12.84 gram ditemukan di dalam kereta mereka di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superitenden Azmir Abdul Razak berkata lelaki yang ditahan itu berusia 54 tahun manakala isterinya berusia 47 tahun, yang beralamat di Kampung Maraba Weston dekat sini.

Katanya Pegawai dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Beaufort diketuai Insp Azimimi Abdullah menahan kereta jenis Perodua Kancil dinaiki pasangan suami isteri itu di kawasan Beaufort Square pada 11.50 pagi.

Pemeriksaan di dalam kereta itu menjumpai satu peket plastik lutsinar dipercayai syabu, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ujian awal air kencing juga mendapati hanya lelaki itu positif menggunakan dadah.

Azmir berkata siasatan lanjut mendapati dadah itu diperoleh daripada seorang penjual di Pekan Beaufort.

Katanya pasangan suami isteri itu ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta yang sama. - Bernama

Artikel Berkaitan: