Kuching FA buat kejutan tewaskan JDT II

Kuching FA mencatat kemenangan keempatnya dalam saingan Liga Premier selepas menewaskan JDT II 2-1 di Stadium Negeri di sini malam ini. - Foto Johor Southern Tigers
Kuching FA mencatat kemenangan keempatnya dalam saingan Liga Premier selepas menewaskan JDT II 2-1 di Stadium Negeri di sini malam ini. - Foto Johor Southern Tigers
A
A
A

KUCHING - Kuching FA mencatat kemenangan keempatnya dalam saingan Liga Premier selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 2-1 di Stadium Negeri di sini malam ini.

Pasukan tuan rumah menjaringkan gol pendahuluan seawal minit ke-22 hasil sepakan penalti Bryan Jones Anicezio yang dihadiahkan pengadil Azriel Baharudin selepas pemain pelawat Che Rashid Che Halim menolak Yuki Tanigawa di dalam kotak penalti.

Pemain import JDT II Fernando Rodriquez Ortega menyamakan jaringan menjadi 1-1 dengan rembatan derasnya menewaskan penjaga gol Kuching FA, Mohd Iqbal Mohd Suhaimi, pada minit ke-49.

Kuching FA sekali lagi berada di hadapan apabila pemain importnya dari Jepun Yuta Suzuki yang menerima hantaran rakan sepasukan dan merembat deras bola menewaskan penjaga gol JDT II untuk gol kedua dan tiga mata penuh buat tuan rumah pada minit ke-57. - Bernama

Artikel Berkaitan: