150 penumpang terperangkap dalam kereta kabel

Penumpang perkhidmatan funikular Bukit Bendera yang terperangkap sedang diselamatkan.
Penumpang perkhidmatan funikular Bukit Bendera yang terperangkap sedang diselamatkan.
A
A
A

GEORGETOWN - Seramai 150 penumpang yang menaiki perkhidmatan funikular (kereta kabel) di Bukit Bendera berdepan detik cemas selepas pengangkutan awam tersebut terkandas tadi.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Noor Zahidi Ahad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada salah seorang penumpang yang terkandas pada jam 2.33 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati perkhidmatan funikular itu terkandas di stesen tengah di pusat peranginan tersebut.

Anggota bomba membantu salah seorang penumpang di Bukit Bendera tadi.
Anggota bomba membantu salah seorang penumpang di Bukit Bendera tadi.

Katanya, operasi menyelamat masih dijalankan dan maklumat terkini akan dimaklumkan kelak.

Sementara itu, PHCC dalam satu kenyataan di Facebooknya mengesahkan kejadian tersebut.

"Perkhidmatan funikular Bukit Bendera sedang mengalami gangguan buat sementara waktu. Pasukan kami sedang berusaha menyelesaikan masalah yang sedang berlaku.

"Kami memohon maaf di atas kesulitan yang dialami dan mengucapkan terima kasih di atas kesabaran dan pemahaman anda," katanya.

Artikel Berkaitan: