X

Kindly register in order to view this article
!

POTUS dijangkiti Covid-19

Biden tetap mendoakan untuk keselamatan dan kesihatan Trump walaupun debat pusingan pertama berlangsung agak kontroversi pada Selasa lalu. - Foto Joe Biden/ Twitter
A
A

AWANG sebetulnya tak terperanjat Presiden Amerika Syarikat (pendekkan dalam bahasa Inggeris, POTUS) dijangkiti Covid-19.

Beliau memang sejak wabak itu bermula ambil sikap sambil lewa dan tak peduli. Beliau tak hirau nasihat Pengarah Kesihatan negaranya sendiri. Banyak kali juga beliau memperlekehkan usaha memerangi wabak itu.

Kita semua tahu pada masa ini lebih 7.3 juta rayat AS dah dijangkiti. Setakat ini lebih 200,000 yang maut.

Khabarnya jumlah itu lebih banyak daripada bilangan anggota tenteranya yang terkorban dalam semua peperangan yang negara itu terlibat pada zaman moden.

Pada waktu ini AS sedang dilanda demam Pilihan Raya Presiden. Bulan November ini tahulah kita siapa akan jadi POTUS baharu, sama ada beliau untuk penggal kedua atau Joe Biden.

Kita juga kena lihat keadaan di Malaysia sekarang. Dua hari lalu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah umumkan 260 kes baharu, yang tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan bermula 10 Jun.

Semalam pula angkanya meningkat kepada 287 kes. Antara punca peningkatan mendadak itu ialah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang baru selesai.

Awang dapat tahu, pada hari Rabu lalu juga tidak ada mesyuarat Kabinet. Ini disebabkan beberapa orang menteri yang rancak berkempen di Sabah sedang menjalani kuarantin di rumah.

Awang harap mereka patuhi kuarantin itu untuk tunjuk pada rakyat mereka ikut peraturan.

Awang bertanya dalam hati, dengan keadaan begini adakah yang masih berani cadangkan PRU15?


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!