KKMM sedia bantu M Daud Kilau

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Zakaria Abdul Hamid (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 82, (tengah) pada Program Ziarah Finas Prihatin di kediamannya di Kampung Sungai Balai Baruh hari ini. - Foto Bernama
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Zakaria Abdul Hamid (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 82, (tengah) pada Program Ziarah Finas Prihatin di kediamannya di Kampung Sungai Balai Baruh hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan menghulurkan bantuan sewajarnya yang diperlukan oleh penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kementerian sentiasa prihatin dan menghargai jasa anak seni dan akan berusaha membantu penyanyi veteran itu bagi meringankan bebannya setelah tidak lagi mampu bergiat aktif kerana masalah kesihatan.

"Kalau ada apa-apa (permintaan) cakap saja pada Zakaria ( Zakaria Abd Hamid, Pengerusi Finas dan Insya-ALLAH jika diberi kesempatan kita akan berjumpa," kata Saifuddin kepada M. Daud Kilau menerusi panggilan video selama kira-kira lima minit di sini, hari ini.

Panggilan video tersebut dibuat oleh Zakaria semasa mengunjungi penyanyi itu di kediamannya di Kampung Sungai Balai Baroh di sini dan menyampaikan wang tunai RM1,000.

Sambil melahirkan penghargaan, M.Daud Kilau atau nama sebenar Muhammad Daud Kilau, 82, yang mengalami masalah kesihatan serius sejak 2016, turut mendoakan kesejahteraan para pemimpin negara.

"Saya tidak meminta sebarang simpati tetapi jika ada pihak yang sudi hulurkan bantuan, saya akan terima," katanya yang menghidap kencing manis dan masalah jantung tidak stabil.

Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 82, bersama koleksi baju labuci miliknya di kediamannya di Kampung Sungai Balai Baruh hari ini. - Foto Bernama
Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 82, bersama koleksi baju labuci miliknya di kediamannya di Kampung Sungai Balai Baruh hari ini. - Foto Bernama

M. Daud Kilau yang juga dikenali sebagai ‘Raja Gelek’ terkenal dengan lagu malar segar antaranya 'Sirih Pinang’ dan ‘Cek Mek Molek’.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Zakaria berkata M. Daud Kilau merupakan anak seni ke-51 yang menerima bantuan dalam Program Finas Prihatin sejak tiga bulan lalu yang berupa bantuan seperti wang tunai, kerusi roda serta baik pulih rumah mengikut keperluan penerima.

“Sejumlah RM250,000 diperuntukkan bagi fasa pertama program Finas Prihatin ini dengan RM50,000 daripadanya adalah untuk pemberian wang tunai kepada penerima.

"Kita juga telah membantu 25 penggiat seni mendapatkan rumah kos rendah berharga sekitar RM60,000 dengan bantuan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan sedang mencari 30 lagi penerima yang layak," katanya.

Menurut Zakaria usaha yang dilakukan itu merupakan ilham Saifuddin bagi menghargai jasa dan pengorbanan anak seni tempatan. - Bernama