Kerajaan PN diminta cari jalan tangguh PRK di Sabah: Najib

Tangkap layar catatan Najib di Facebooknya miliknya sebentar tadi.
Tangkap layar catatan Najib di Facebooknya miliknya sebentar tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mencari jalan mengikut undang-undang yang ada untuk menangguhkan daripada mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sabah dalam situasi penularan koronavirus (Covid-19) ketika ini.

Pandangan Najib itu mengenai PRK mungkin diadakan di negeri berkenaan susulan kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong yang dilaporkan meninggal dunia hari ini di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu.

"Saya saran kerajaan PN cari jalan undang-undang untuk tangguhkan PRK sehingga penularan Covid-19 di Sabah diturunkan ke tahap minimum," kata Najib menerusi catatan di Facebook miliknya, sebentar tadi.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Pekan itu menggesa Parti Warisan Sabah (Warisan) dan sekutunya (Warisan Plus) untuk menyokong saranan tersebut.

Vui Keong yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) disahkan meninggal dunia pada jam 11.50 pagi ini.

Berikutan itu, pengundi Batu Sapi dijangka keluar mengundi sekali lagi walaupun baru sahaja selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia

Artikel Berkaitan: