Bayern rangkul empat anugerah utama UEFA

Ayat Fb:

Robert Lewandowski merangkul anugerah Pemain Lelaki Terbaik Tahunan UEFA.
Robert Lewandowski merangkul anugerah Pemain Lelaki Terbaik Tahunan UEFA.
A
A
A

BAYERN Munich boleh dikatakan sebagai pasukan terbaik di Eropah ketika ini selepas menggondol empat anugerah utama pasukan itu sebagai Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) awal pagi tadi.

Penyerang berbisa Bayern, Robert Lewandowski merangkul anugerah Pemain Lelaki Terbaik Tahunan, Joshua Kimmich dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pertahanan Terbaik Tahunan,Manuel Neuer memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik manakala ketua jurulatih, Hansi Flick pula menerima Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik Tahunan.

Musim lalu menyaksikan Bayern menyapu bersih kejuaraan Bundesliga, DFB Pokal dan UCL untuk melengkapkan gelaran treble.

Pasukan gergasi Jerman itu turut menjuarai Piala Super UEFA dan DFL Supercup pada minggu pertama musim ini, bermakna mereka telah memenangi lima trofi berturut-turut.

Dalam masa sama, Lewandowski turut membawa pulang trofi Anugerah Penyerang Terbaik Tahunan di samping anugerah pemain lelaki terbaik.

Penyerang berusia 32 tahun itu mengenepikan dua pencabar lain anugerah itu, iaitu Neuer dan Kevin de Bruyne dan menyifatkan ia pencapaian luar biasa dalam kariernya.

"Saya perlu katakan bahawa ini adalah perasaan yang luar biasa.

"Jika anda bekerja keras dan anda menerima trofi, ia adalah sesuatu yang luar biasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Skuad Bavarians itu hampir menyapu bersih semua kategori tetapi de Bruyne, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pemain Tengah Terbaik Tahunan UEFA.