X

Kindly register in order to view this article
!

Panjat menara telekomunikasi gara-gara tak tahan dengan isteri

Tejpal akhirnya akur untuk turun dari menara itu selepas dipujuk pihak berkuasa. - Foto Agensi
A
A

NEW DELHI - Gara-gara tidak tahan sering bertengkar dengan isterinya, seorang lelaki di India nekad memanjat menara telekomunikasi sebagai tanda protes.

Insiden lucu di bandar Moradabad, Uttar Pradesh itu turut dikongsi pengguna Twitter pada awal minggu lalu.

Menurut laporan Asian News International (ANI), lelaki dikenali sebagai Tejpal Singh itu mendakwa dia berbuat demikian kerana tidak tahan dengan isterinya.

"Saya 'fed up' dengan isteri saya. Dia cuba mengenakan saya dengan kes palsu dan pihak berkuasa juga enggan mendengar penjelasan saya. Saya mahu tamatkan hubungan kami," katanya.

Menurut polis, isterinya itu dari perkahwinan kedua Tejpal dan mereka dipercayai terlibat dalam pertengkaran berhubung beberapa isu.

"Pihak berkuasa terpaksa memujuknya untuk turun semula. Dia akhirnya akur walaupun berkeras enggan berganjak dari menara itu," kata jurucakap polis.

Kejadian itu turut menerima pelbagai reaksi pengguna di Twitter.

"Boleh seseorang panjat menara di kawasan saya dan memperbetulkan antena kerana syarikat telekomunikasi tidak mengambil sebarang tindakan walaupun kami telah membuat aduan tentang rangkaian yang teruk," seloroh pengguna laman blog mikro itu yang dikenali sebagai @abishaek. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!