Bom lama peninggalan perang ditemui di dusun

Bom tangan lama jenis hand grenade fuzes yang ditemui di kawasan dusun buah-buahan dan sayuran di Jalan Kampung Seibu, Kampung Sungai Itek, Gopeng hari ini.
Bom tangan lama jenis hand grenade fuzes yang ditemui di kawasan dusun buah-buahan dan sayuran di Jalan Kampung Seibu, Kampung Sungai Itek, Gopeng hari ini.
A
A
A

GOPENG - Sebutir bom tangan lama dipercayai peninggalan perang ditemui di kawasan dusun buah-buahan dan sayuran di Jalan Kampung Seibu, Kampung Sungai Itek di sini hari ini.

Bom dengan ukur lilit 21 sentimeter (cm) dan 11cm panjang berkenaan ditemui seorang lelaki ketika kerja-kerja pembersihan dijalankan di kawasan itu sekitar jam 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, lelaki terbabit ketika itu sedang memotong rumput dan telah terkena satu objek yang disyaki bom lama sebelum menghubungi Balai Polis Gopeng untuk tindakan lanjut.

"Unit Pemusnah Bom (UPB) yang tiba di lokasi mengesahkan objek terbabit sebagai bom tangan jenis 'hand grenade fuzes'.

"Keadaan fizikal bom berkenaan sudah berkarat dan tiada tanda-tanda dijumpai dipercayai peninggalan Perang Dunia ke-2," katanya.

Menurutnya, bom itu kemudian diletupkan di kawasan tanah lapang di Kampung Tersusun Baru Sungai Itek pada jam 2.50 petang setelah mengambil kira aspek keselamatan.

"Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku dalam proses tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: