Kerajaan hasrat wujudkan tadika elit

Abdul Rahman (kanan) memberikan kata-kata motivasi kepada sebahagian peserta selepas tamat Majlis Penyampaian SPAK 2020 di Kem Permata Resort di Alor Gajah semalam.
Abdul Rahman (kanan) memberikan kata-kata motivasi kepada sebahagian peserta selepas tamat Majlis Penyampaian SPAK 2020 di Kem Permata Resort di Alor Gajah semalam.
A
A
A

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berhasrat mewujudkan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) elit untuk memberi lebih banyak pilihan kepada golongan M40.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, perkara itu kini dalam proses untuk menyiapkan kertas kerja.

“Bagaimanapun, kita tidak memaksa ibu bapa untuk menghantar anak ke Tadika elit. Ia hanya di peringkat perbincangan dan akan dibawa ke peringkat Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (SPAK) 2020 di Kem Permata Resort di sini semalam.

Terdahulu, Abdul Rahman menyampaikan sijil kepada seramai 222 peserta terdiri daripada pelatih calon Pendidik Masyarakat Tabika dari Institut Latihan Kemas (ILK) Kuantan, ILK Terengganu, ILK Melaka dan ILK Kuala Lumpur.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, pihaknya juga menyasarkan menambah kira-kira 50 taman asuhan kanak-kanak (Taska) Kemas di seluruh negara.

Menurutnya, perancangan itu bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang semakin meningkat kerana yuran dikenakan berpatutan iaitu maksimum RM150 sebulan.

Mengulas lanjut katanya, kementeriannya menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi telah memperuntukkan sebanyak RM23 juta bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf membabitkan 10,200 Taska dan Tabika Kemas yang mengalami kerosakan sepanjang tahun ini.

Artikel Berkaitan: