Pupuk tanggungjawab menerusi CSR

A
A
A

PORT DICKSON - Seramai 28 mahasiswa Diploma Muamalat Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam menyertai program tanggungjawab sosial koporat (CSR) di Pantai Teluk Kemang, di sini.

Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Mohd Yusra Abdullah berkata, progam yang dikenali sebagai Oceanholic: Away from pollution towards sollution itu turut disertai seorang pensyarah.

Katanya, program yang dijalankan itu juga untuk menyempurnakan tugasan mahasiswa bagi mata pelajaran wajib Diploma iaitu Gelagat Pengguna Islam.

"Selain itu juga dapat menanam sifat pengguna yang bertanggungjawab terhadap masyarakat dan alam sekitar.

"Dalam masa sama, menerusi program itu juga membolehkan mahasiswa UiTM ini membersihkan kawasan sekitar Pantai Teluk Kemang dan surau yang digunakan oleh umat islam untuk menunaikan solat,"katanya.

Mohd Yusra berkata, menerusi program itu juga mendekatkan hubungan antara masyarakat setempat dan mahasiswa UiTM Puncak Alam.

Katanya, perjalanan pogram adalah lancar seperti yang dirancang pihaknya selain mendapat sambutan daripada masyarakat setempat.

"Semoga pogram ini menjadi kesinambungan kepada pogram-pogram khidmat sosial yang lain pada masa akan datang,"katanya.

Artikel Berkaitan: