Hajiji terima watikah pelantikan Ketua Menteri Sabah

Hajiji terima watikah pelantikan KM Sabah, angkat sumpah esok.
Hajiji terima watikah pelantikan KM Sabah, angkat sumpah esok.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

"Syukur Alhamdulilah Tuan Yang di-Pertuan Negeri telah menjemput saya, memaklumkan saya akan pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah dan esok akan angkat sumpah kira-kira jam 10 pagi.

"Dia (Juhar) bagi watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri," katanya yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah.

Hajiji ditemui pemberita selepas kira-kira satu jam pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, Kota Kinabalu hari ini.
Hajiji ditemui pemberita selepas kira-kira satu jam pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, Kota Kinabalu hari ini.

Hajiji berkata demikian kepada pemberita selepas kira-kira sejam perjumpaan dengan Juhar di Istana Negeri di sini sebentar tadi.

Sebelum itu, Hajiji memaklumkan bahawa dia hadir ke Istana Negeri itu selepas dipanggil pihak Istana.

Artikel Berkaitan: