Semua pusat mengundi ditutup tepat jam 5 petang

Sebanyak 741 pusat mengundi bagi PRN Sabah membabitkan 2,540 saluran ditutup sepenuhnya tepat jam 5 petang tadi.
Sebanyak 741 pusat mengundi bagi PRN Sabah membabitkan 2,540 saluran ditutup sepenuhnya tepat jam 5 petang tadi.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak 741 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah membabitkan 2,540 saluran ditutup sepenuhnya tepat jam 5 petang tadi.

Sebanyak 58 peratus sahaja daripada 1,088,711 pengundi keluar menunaikan tanggungjawab membuang undi setakat jam 3 petang tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi antara 70 hingga 75 peratus.

Sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan dengan seramai 477 calon mewakili 16 parti selain 56 calon Bebas bakal mengetahui nasib masing-masing malam ini.

Proses pengiraan undi sudah bermula di pusat mengundi sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi di 64 tempat.

Keputusan pertama dijangka diketahui seawal jam 6 petang dan SPR menjangkakan proses penjumlahan selesai pada kira-kira jam 10 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Sabah: Seramai 1,088,711 pengundi biasa layak undi Sabtu ini

Calon bertanding puas hati SOP proses pengundian

Artikel Berkaitan: