Pengundi di Sabah mula mengundi seawal jam 7.30 pagi

Seorang wanita berusia 50-an tiba-tiba pengsan ketika sedang menunggu giliran untuk proses pengundian di Sekolah Kebangsaan Kampung Brunei, Membakut, Beaufort pagi tadi.
Seorang wanita berusia 50-an tiba-tiba pengsan ketika sedang menunggu giliran untuk proses pengundian di Sekolah Kebangsaan Kampung Brunei, Membakut, Beaufort pagi tadi.
A
A
A

BEAUFORT - Sebaik pusat mengundi dibuka pada jam 7.30 pagi tadi, pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut mula menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Brunei, Membakut, Beaufort.

Untuk DUN Membakut, seramai 13,617 pengundi dijadualkan mengundi hari ini sehingga jam 5 petang.

Sehingga jam 9 pagi, kelihatan semua pengundi patuh pada prosedur operasi standard (SOP) iaitu mesti melalui pemeriksaan suhu badan, memakai pelitup muka, menggunakan cecair pembasmi kuman dan mengamalkan penjarakkan fizikal bagi mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa memantau dan menghadkan kemasukan pengundi ke saluran mengundi iaitu hanya 10 orang dalam satu masa untuk membuang undi di empat saluran yang disediakan.

Proses pengundian dilihat lancar namun terdapat kejadian seorang wanita berusia 50-an tiba-tiba pengsan ketika sedang menunggu giliran untuk proses pengundian itu.

Wanita itu kemudian diusung keluar dari saluran mengundi oleh beberapa petugas SPR untuk direhatkan sementara menunggu ambulans.

Artikel Berkaitan: