X

Kindly register in order to view this article
!

Geng William tumpas selepas 13 tahun aktif curi kereta mewah

Saiful Azly (kanan) menunjukan gambar barang rampasan pada sidang media Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur melibatkan tiga kes jenayah berlainan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan Geng William yang aktif mencuri kereta mewah di sekitar ibu negara sejak 13 tahun lalu apabila 10 ahli kumpulan itu ditahan baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, semua suspek berusia 17 hingga 66 tahun termasuk seorang wanita itu ditahan dalam serbuan dilakukan sejak 8 September hingga semalam di sekitar Lembah Klang, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

"Kumpulan ini menyasarkan kenderaan mewah yang akan dihantar ke sebuah stor di sebuah kawasan perindustrian di Nilai, Negeri Sembilan untuk dileraikan.

"Di sstor itu, kita turut menemui kereta dan komponen kenderaan bernilai RM500,000 yang dipercayai akan dijual kepada sebuah premis menjual aksesori kenderaan di Sentul,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, susulan penahanan itu, pihaknya percaya dapat menyelesaikan sebanyak 20 kes curi kenderaan di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Melaka. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!