Solat hajat di semua masjid di Pahang

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
A
A
A

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di Pahang mengadakan solat hajat, bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat bagi mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang,Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, tuanku menitahkan agar solat hajat, bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat itu diadakan selepas solat Maghrib hari ini.

Menurutnya, solat hajat juga akan diadakan selepas solat Jumaat pada 25 September ini.

"Semoga ALLAH SWT mengurniakan kesembuhan yang segera buat Al-Sultan Abdullah serta melindungi negara dan negeri Pahang daripada segala bencana, wabak, malapetaka dan huru hara,” katanya melalui satu kenyataan media di sini hari ini.

Al-Sultan Abdullah kini menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan.

Baginda dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini bagaimanapun keadaan kesihatannya tidak berada dalam keadaan yang membimbangkan.

Artikel Berkaitan: