Enam mayat kanak-kanak tanpa anggota badan ditemui di Tanzania

Enam mayat kanak-kanak tanpa anggota badan ditemui di Njombe, Tanzania. - Foto BBC
Enam mayat kanak-kanak tanpa anggota badan ditemui di Njombe, Tanzania. - Foto BBC
A
A
A

NJOMBE - TANZANIA. Enam mayat kanak-kanak berusia antara dua hingga sembilan tahun, ditemui dalam keadaan kehilangan anggota badan di Tanzania.

Menurut pihak berkuasa tempatan, ada antara mayat yang telinga mereka dipotong dan gigi dicabut.

Laporan menyebut, terdapat bomoh di wilayah berkenaan yang mengatakan anggota badan manusia mempunyai 'bahan istimewa' yang boleh mendatangkan tuah dan kekayaan.

"Ini semua disebabkan kepercayaan karut, ramai yang percaya mereka akan mendapat bantuan daripada ilmu sihir, " kata Komisioner wilayah Njombe, Ruth Msafiri sambil menambah mangsa diculik ketika ibu bapa keluar bekerja.

Sehubungan kes itu, polis telah menahan seorang suspek yang juga saudara rapat kepada tiga daripada mangsa bagi tujuan siasatan.

Sejumlah 10 kanak-kanak dilaporkan hilang di Njombe sejak Disember tahun lalu, dan hanya empat ditemui masih hidup.- BBC

Artikel Berkaitan: