JAIS tahan ‘Rasul Melayu’

JAIS menahan seorang lelaki yang pernah mendakwa dirinya 'Rasul Melayu' dan 16 pengikutnya di tiga lokasi berasingan sekitar negeri ini malam tadi.
JAIS menahan seorang lelaki yang pernah mendakwa dirinya 'Rasul Melayu' dan 16 pengikutnya di tiga lokasi berasingan sekitar negeri ini malam tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan seorang lelaki yang pernah mendakwa dirinya sebagai 'Rasul Melayu' dan 16 pengikutnya yang berusia antara 14 dan 70 tahun di tiga lokasi berasingan sekitar negeri ini malam tadi.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Operasi Khas Penguatkuasaan dilaksanakan selepas kesemua mereka dipercayai mengamalkan sebuah ajaran yang difatwakan sesat pada 28 Mac 1991 dan diwartakan pada 29 Ogos 1991 oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor.

Menurutnya, melalui risikan dan makluman awam yang diterima JAIS, ajaran tersebut dipercayai kembali aktif dengan modus operandi baharu.

"Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat JAIS untuk siasatan lanjut. Beberapa naskhah buku, telefon bimbit, komputer riba, al-Quran terjemahan dan risalah berkaitan ajaran turut dirampas.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)1995 atas kesalahan (Doktrin Palsu); Seksyen 8, (Dakwaan Palsu) dan Seksyen 12(c) akta yang sama kerana (Menghina Pihak Berkuasa Agama)," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

JAIS menahan seorang lelaki yang pernah mendakwa dirinya 'Rasul Melayu' dan 16 pengikutnya di tiga lokasi berasingan sekitar negeri ini malam tadi.
JAIS menahan seorang lelaki yang pernah mendakwa dirinya 'Rasul Melayu' dan 16 pengikutnya di tiga lokasi berasingan sekitar negeri ini malam tadi.

Beliau berkata, siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 13, (Pendapat yang Bertentangan Dengan Fatwa); Seksyen 16, (Penerbitan Agama yang Bertentangan Dengan Hukum Syarak) dan Seksyen 52, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Percubaan).

Pihaknya turut memohon kerjasama daripada orang ramai supaya memaklumkan sebarang aktiviti yang mencurigakan berkaitan kesalahan jenayah syariah kepada pihak penguat kuasa JAIS di talian Hotline 1- 800-88-2424.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, pada Oktober 2009, Mahkamah Tinggi Syariah pernah memerintahkan lelaki tersebut dipenjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan bersabit kes penyebaran ajaran sesat.

Antara barangan yang disita JAIS dalam operasi malam tadi.
Antara barangan yang disita JAIS dalam operasi malam tadi.

Lelaki berkenaan yang dibebaskan pada tahun 2016 kemudian mengisytiharkan dirinya bertaubat serta turut menandatangani Dokumen Pengisytiharan Taubat dalam satu majlis anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Dia ketika itu dilaporkan memohon maaf kepada Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Negeri dan umat Islam yang terguris hati serta terkeliru dengan ajaran salah yang dibawanya.

Lelaki itu juga turut dilaporkan memohon masyarakat dan media tidak lagi merujuk dirinya sebagai Rasul Melayu untuk menjaga kesucian Islam dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.

Barangan yang disita JAIS dalam operasi malam tadi
Barangan yang disita JAIS dalam operasi malam tadi