Isteri rentung, suami terperangkap di bilik air

No Image Caption
A
A
A

SEPANG - Seorang wanita rentung manakala suaminya maut selepas terperangkap di bilik air dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Taman Desa Vista, Salak Tinggi di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, mangsa wanita berusia 28 tahun itu ditemui terbaring di atas tilam di utama bilik dalam keadaan terbakar 60 peratus.

“Ketika polis tiba di lokasi, anggota bomba daripada Balai Bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sedang melakukan kerja pemadaman api dan bomba terpaksa memecahkan mangga besi pagar serta pintu ‘sliding’ rumah kerana didapati berkunci dari dalam.

“Selepas berjaya masuk ke dalama rumah, bomba menemui satu mangsa perempuan terbaring di atas tilam dalam keadaan rentung 60 peratus mengikut kesan terbakar di bahagian muka ke pinggang dan seorang lelaki terperangkap di dalam tandas bilik utama rumah tersebut,” katanya.

Pasangan suami isteri itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Menurutnya, bomba berjaya memadam kebakaran pada jam 2.40 petang dan pemantauan awal mendapati hanya kawasan bilik utama sahaja yang terbakar namun setakat ini punca kebakaran masih disiasat.

“Pemeriksaan dilakukan mendapati lelaki itu berasal dari Terengganu manakala mangsa wanita berasal dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedua-dua mereka bekerja di Jabatan Pendaftaran Negara dan kedua keluarga dan waris telah dimaklumkam,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri maut dalam kebakaran

Artikel Berkaitan: