Suami isteri maut dalam kebakaran

No Image Caption
A
A
A

SEPANG - Sepasang suami isteri dilaporkan maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Desa Vista, Salak Tinggi di sini, hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, kebakaran melibatkan rumah teres kelas A itu berlaku kira-kira jam 1 petang tadi.

“Bomba menerima satu laporan insiden kebakaran pada jam 1.13 petang di Taman Desa Vista. Laporan awal menunjukkan kebakaran melibatkan sebuah rumah teres kelas A berkeluasan 20 X 40 kaki persegi.

“Insiden turut melibatkan dua orang mangsa, mangsa pertama seorang lelaki yang berada dalam bilik air ketika kebakaran manakalan mangsa kedua seorang wanita berada di atas katil.

“Kedua-dua mangsa yang juga suami isteri disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Artikel Berkaitan: