RON95, RON97 turun 3 sen, diesel turun 5 sen

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 3 sen manakala diesel turun 5 sen.
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 3 sen manakala diesel turun 5 sen.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun tiga sen, manakala diesel turun lima sen bagi tempoh 19 hingga 25 September ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.63, RON97 (RM1.93) dan diesel (RM1.67).

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.- Bernama

Artikel Berkaitan: