Lelaki maut ditikam: Tiga termasuk seorang OKU ditahan

Seorang lelaki yang parah dipercayai ditikam selepas bergaduh dalam kejadian di Seksyen 9, Shah Alam, Isnin lalu disahkan meninggal dunia, semalam.
Seorang lelaki yang parah dipercayai ditikam selepas bergaduh dalam kejadian di Seksyen 9, Shah Alam, Isnin lalu disahkan meninggal dunia, semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki yang dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam dalam pergelutan di kawasan kaki lima, Seksyen 9 di sini, meninggal dunia, semalam selepas empat hari dirawat di hospital.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mangsa yang berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 5.35 petang di Hospital Shah Alam dan bedah siasat akan dijalankan pada pagi ini.

Menurutnya, berdasarkan keterangan awal doktor, mangsa dipercayai ditikam dengan objek tajam di bahagian tengah abdomen dan polis kini giat mengesan individu yang menikam mangsa.

Katanya, kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu dipercayai berpunca ketika mangsa datang ke arah dua lelaki berusia 29 dan 47 tahun yang sedang menjaja di hadapan sebuah restoran di Seksyen 9.