Waspada fenomena air pasang besar di Selangor

Penduduk Selangor khususnya yang tinggal di pesisir atau berhampiran pantai diingatkan berwaspada menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka pada September sehingga November ini.Gambar hiasan. Foto Bernama, gambar kecil: Amirudin Shari
Penduduk Selangor khususnya yang tinggal di pesisir atau berhampiran pantai diingatkan berwaspada menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka pada September sehingga November ini.Gambar hiasan. Foto Bernama, gambar kecil: Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat di negeri Selangor khususnya penduduk yang tinggal di kawasan pesisir pantai atau berhampiran dengan pantai diingatkan supaya berhati-hati dalam menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka pada September sehingga November ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, fenomena itu dijangka melibatkan beberapa lokaliti di lima daerah di negeri ini.

"Antara daerah yang dijangka terkesan adalah daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

"Mengikut maklumat yang diterima, tahap ketinggian maksimum yang dijangkakan mencecah 5.8 meter dan juga pada tahap-tahap tertentu," katanya menerusi siaran video di platform Media Selangor hari ini.

Beliau berkata, fenomena air pasang besar ini akan mengakibatkan limpahan air di kawasan daratan dan mungkin menyebabkan banjir di lokaliti-lokaliti yang berhampiran dengan laut.

"Fenomena ini akan melanda pada tarikh 19 dan 20 September sekitar 7.16 pagi dan 7.53 pagi, pada Oktober iaitu pada 17,18,19 Oktober juga dalam anggaran jam 6 hingga 7.30 pagi serta pada 15 November dan 16 November sekitar jam 5.40 pagi dan 6.25 pagi.

"Mereka yang tinggal berhampiran dengan pantai harus berhati-hati, elakkan aktiviti di tepi pantai dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang mungkin wujud daripada fenomena air pasang besar ini," katanya.

Artikel Berkaitan: