X

Kindly register in order to view this article
!

Mentari Pulai cipta kelainan anjur Explorace Usahawan

Pemenang dan peserta bergambar selepas selesai Explorace Usahawan, semalam.
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Pulai mencipta kelainan dalam dunia keusahawanan apabila menganjurkan Explorace Usahawan yang menggabungkan tiga elemen dalam satu program iaitu semangat patriotisme, perniagaan dan riadah sempena sambutan Hari Malaysia, semalam.

Menurut Ketua Mentari Parlimen Pulai, Norakmal Mohamad, program hasil inisiatif Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Belia dan Sukan Negeri melalui konsep XTIF Johor membuka perseptif baharu dalam kalangan usahawan terutamanya golongan.

Jelas beliau, Explorace Usahawan menyediakan platform untuk belia beraktiviti bersama pemimpin, mewujudkan suasana perniagaan luar kebiasaan dan mengaktifkan golongan muda.

Abdul Rashid (kanan) melepaskan para peserta Explorace Usahawan Pulai di Johor Bahru, semalam.
Abdul Rashid (kanan) melepaskan para peserta Explorace Usahawan Pulai di Johor Bahru, semalam.

“Di bawah konsep XTIF Johor, kerajaan negeri telah mengaktifkan Mentari di setiap kawasan Parlimen dengan hasrat memberi ruang kepada belia dalam pelbagai keperluan termasuk keusahawanan.

“Sempena sambutan Hari Malaysia hari ini (semalam), Mentari Pulai mengambil peluang meraikannya melalui pendekatan unik menganjurkan Explore Race Usahawan dengan menerapkan konsep semangat cintakan negara, keusahawanan dan riadah untuk belia.

“Alhamdulillah sambutan daripada peserta amat menggalakkan di mana seramai 60 orang belia termasuk usahawan kecil dan sederhana menyertai explorace berkonsep Hari Malaysia ini,” katanya.

Majlis pelepasan peserta Explorace Usahawan Pulai disempurnakan oleh Ahli Majlis Iskandar Puteri, Datuk Abdul Rashid Kasman manakala hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru, Suhaimi Ahmad.

Ujar Norakmal lagi, antara tugasan yang perlu dilaksanakan oleh kumpulan bertanding ialah menyanyikan lagu patriotik sempena Hari Malaysia, membuat jualan secara atas talian, membuat copywriting dan melaksanakan penghantaran produk.

Beliau berkata, penganjuran program ini banyak memberi impak positif kepada golongan belia terutamanya usahawan kerana biarpun dalam keadaan apa sekalipun luahan rasa kecintaan kepada negara dapat dilakukan serentak dengan aktiviti perniagaan.

Antara tugasan yang perlu disempurnakan oleh peserta ialah menjual produk-produk terpilih.
Antara tugasan yang perlu disempurnakan oleh peserta ialah menjual produk-produk terpilih.

“Mentari Parlimen Pulai merasakan aktiviti unik seumpama ini mampu menarik penyertaan golongan belia serta usahawan kerana mereka dapat melakukan tiga perkara dalam satu program.

“Insyallah kita akan berusaha untuk menganjurkan lebih banyak lagi program seumpama ini untuk kebaikan komuniti belia dan usahawan di Johor,” katanya,


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!