Mydin rai kanak-kanak, penghuni PKIPM

Ameer (empat dari kanan) bersama penaja dan wakil persatuan selepas penyerahan sumbangan di Bangunan Persatuan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang kelmarin.
Ameer (empat dari kanan) bersama penaja dan wakil persatuan selepas penyerahan sumbangan di Bangunan Persatuan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang kelmarin.
A
A
A

KAJANG - Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) mengambil inisiatif bagi meraikan seramai 65 orang kanak-kanak dan penghuni daripada Persatuan Kebajikan Islam Peribadi Mulia di sini kelmarin.

Persatuan kebajikan terbabit turut menerima bantuan wang tunai bernilai RM10,000 menerusi penyerahan sumbangan kempen ‘OHMYDIN! The Brand Festival’.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan penaja terlibat bagi membantu beberapa pusat kebajikan di negara ini yang memerlukan bantuan menerusi kempen berkenaan.

“Sumbangan ini adalah hasil kempen OHMYDIN!. Sehingga kini kita dapat kumpul kira-kira RM163,000 secara keseluruhan.

“Kita akan berikan sumbangan ini kepada 15 persatuan atau rumah kebajikan yang telah dikenal pasti,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis penyerahan sumbangan berkenaan yang berlangsung di Bangunan Persatuan Kebajikan Islam Peribadi Mulia di sini kelmarin.

Ameer bersama anak-anak daripada Persatuan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang di bangunan persatuan tersebut kelmarin.
Ameer bersama anak-anak daripada Persatuan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang di bangunan persatuan tersebut kelmarin.

Selain sumbangan wang tunai RM10,000, guru-guru persatuan kebajikan terbabit turut menerima baucar bernilai RM100 setiap seorang yang boleh digunakan di mana-mana rangkaian Pasaraya Mydin.

Pada majlis itu juga, kanak-kanak daripada persatuan terbabit turut diceriakan dengan kehadiran maskot Mamee dan turut diberikan beberapa produk penaja.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Nurul Syuhada Norizan berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan inisiatif yang diambil Mydin menerusi penyerahan sumbangan berkenaan.

Beliau berkata, bantuan yang diberikan itu dapat digunakan untuk membeli keperluan anak-anak persatuan berkenaan yang berusia empat hingga 17 tahun.

“Terima kasih kami ucapkan kepada Mydin yang sudi membantu persatuan dengan menyerahkan bantuan serta meraikan anak-anak di sini,” katanya.

Kempen ‘OHMYDIN! The Brand Festival’ bermula dari 20 Ogos lalu sehingga 1 November ini menawarkan pelbagai ganjaran bernilai sehingga RM6.3 juta di samping harga barangan serendah 63 sen.