Treler bawa muatan baja terbakar

Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa 10 minit mengawal kebakaran.
Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa 10 minit mengawal kebakaran.
A
A
A

JEMPOL - Sebuah treler membawa muatan baja terbakar dalam kejadian di Jalan Air Hitam-Pasoh di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Jempol, Mohd Hazren Mohd Zahar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.35 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 8.43 pagi.

"Kita mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran yang berlaku pada kepala lori. Api padam sepenuhnya 15 minit kemudian.

"Kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan pemandu lori berusia 57 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, selain muatan baja lori tersebut turut tidak terjejas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Treler membawa muatan baja yang terbakar di Jalan Air Hitam-Pasoh, Jempol pagi tadi.
Treler membawa muatan baja yang terbakar di Jalan Air Hitam-Pasoh, Jempol pagi tadi.

Mohd Hazren berkata, pemandu lori berkenaan difahamkan dari Klang, Selangor dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Air Hitam di sini.

Bagaimanapun, setibanya di lokasi, tayar hadapan treler itu pancit menyebabkan pemandu bertindak memberhentikan kenderaan itu sebelum mencari mekanik berhampiran.

Menurutnya, pemandu berkenaan mendapati kepala treler terbakar sebaik kembali ke lokasi itu dan orang ramai bertindak menghubungi pasukan bomba dan penyelamat.

Artikel Berkaitan:

"Kepala lori itu musnah seratus peratus dan setakat ini, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.