X

Kindly register in order to view this article
!

Fokus satu lawan satu PRU15

Mohd Tarmizi (empat dari kiri) ketika mengadakan program ziarah bertemu penduduk setempat di PAKR Sungai Pandan di sini hari ini.
A
A

KUANTAN - Parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) akan memastikan pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan Pas Pahang, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, parti yang membentuk gabungan pemerintah akan terus bekerjasama untuk mewujudkan satu lawan satu pada PRU15.

Menurutnya, Pas Pahang yakin formula berkenaan dapat mengalahkan Pakatan Harapan (PH) hingga ke akar umbi.

"Kita harap parti dalam PH tidak mampu bangkit untuk bertanding apabila parti gabungan PN dan MN hanya meletakkan satu calon di setiap kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada program Ziarah di PAKR Sungai Pandan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PRU15 yang dijangka sepi

PM beri bayangan PRU15

Majlis Presiden PN tentukan agihan kerusi PRU15

Ditanya mengenai kewajaran MN dengan kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( Bersatu), Mohd Tarmizi berkata, walaupun ada yang tidak bersetuju, namun semua parti tidak boleh menafikan atau abaikan Bersatu kerana sudah menjadi sebahagian kerajaan pada hari ini.

Jelasnya, parti dalam gabungan perlu berlapang dada dan sentiasa bermuafakat sebaiknya selain sentiasa bersedia untuk PRU15.

Dalam pada itu, Mohd Tarmizi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching berkata, satu majlis membabitkan Bersatu dalam MN bagi menghadapi PRU akan diadakan tempoh terdekat.

"Jadi penyertaan Bersatu tidak dapat dinafikan sebagai sebahagian daripada asas kepada penubuhan PN baru-baru ini. Kita juga tidak boleh menafikan sumbangan atau penyertaan Bersatu dalam membentuk PN," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!