Kronisme AIM: Pelantikan anak menteri tiada kaitan dengan KKM

Dr Dzulkefly Ahmad - Foto Bernama
Dr Dzulkefly Ahmad - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perlantikan anak kepada Menteri Kesihatan (KKM), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Nurul Iman sebagai Ahli Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) tiada kaitan dengan kementerian itu.

Dzulkefly berkata, anaknya dilantik dalam lembaga itu pada April tahun lalu.

"Saya sudah keluarkan kenyataan dan pelantikan Nurul Iman tidak langsung tidak ada kena mengena dengan KKM.

"Beliau juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya ketika diminta mengulas mengenai kontroversi AIM yang dikaitkan dengan lantikan kronisme.

AIM menjadi kontroversi apabila isteri kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya, Datuk Junaidah Keting dilantik sebagai Pengerusi badan amanah tersebut.

Perlantikan itu dikritik kerana jelas bertentangan dengan perjuangan PH yang ingin menghapuskan kronisme dan amalan nepotisme selepas mengambil alih kerajaan, Mei tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: AIM terus cetuskan kontroversi

Junaidah bagaimanapun menafikan lantikannya sebagai kronisme kerana ia adalah keputusan yang dibuat oleh pengurusan tertinggi AIM dan tiada campur tangan daripada pejabat Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Junaidah nafi dilantik Pengerusi AIM kerana kronisme