Gerakan sudah maklum Muhyiddin mahu sertai PN

Dominic Lau Hoe Chai
Dominic Lau Hoe Chai
A
A
A

SEREMBAN - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sudah menyatakan hasrat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai gabungan dalam Perikatan Nasional (PN).

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, keputusan menyertai PN itu dipersetujui oleh ahli jawatankuasa pusat Gerakan dalam mesyuarat bulan Mei lalu.

"Memang kita sudah tunjukkan hasrat kepada Perdana Menteri bahawa parti Gerakan ingin bersama PN.

"Parti Gerakan adalah parti 'non ethnic' yang memainkan peranan penting dalam membawa negara ke tahap yang lebih baik dalam keharmonian antara kaum, agama dan budaya.

"Justeru, 'just wait for PM' and PN kerana masing-masing sibuk dengan Pilihan Raya Negeri Sabah. 'Let Sabah settle first and eveybody be focus to make sure they win PRN', selepas itu kita akan teruskan perbincangan," katanya dalam sidang akhbar Persidangan Perwakilan Negeri ke-45, wanita dan pemuda ke-33 Parti Gerakan Rakyat Malaysia di Seremban 2, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Perhubungan Negeri Gerakan Negeri Sembilan, Choong Vee Hing.

Sementara itu, Dominic berkata, persidangan perwakilan negeri itu bertujuan membuat persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

"Kita tubuhkan satu pasukan yang membuat kaji selidik untuk memastikan kawasan yang kita tanding itu boleh menang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Gerakan sebulat suara menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Muhyiddin dan keputusan itu diambil demi kepentingan rakyat dan negara terutama dalam menghadapi situasi kritikal ketika ini untuk memerangi koronavirus (Covid-19).