Kebakaran Kuaters KTMB: Tiada kemalangan jiwa

Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam insiden kebakaran
Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam insiden kebakaran
A
A
A

BANGSAR - Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam insiden kebakaran melibatkan 10 unit rumah di Rumah Panjang di Kuarters KTMB Jalan Lengkok Abdullah Bangsar Kuala Lumpur pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan lanjut selepas kebakaran berjaya dipadamkan, bomba mendapati tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku.

"Kebakaran melibatkan kuarters KTMB yang diperbuat daripada kayu.

"Keluasan kebakaran 100 meter persegi dan dianggarkan 10 unit rumah terbakar daripada 15 unit rumah," katanya.

No Image Caption

Kenyataan itu berkata, kebakaran itu juga telah merebak ke rumah flat bersebelahan iaitu Flat Sri Pahang di tingkat 7 dan berjaya dipadamkan.

Sebelum itu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 10.03 pagi dan seterusnya menggerakkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Hang Tuah, BBP Taman Tun, BBP Sentul dan BBP Seputeh yang diketui Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Mohammad.

No Image Caption



Artikel Berkaitan: