PRN Sabah: Pertembungan lima penjuru di DUN Sibuga

Calon yang akan bertanding di DUN Sibuga pada PRN Sabah.
Calon yang akan bertanding di DUN Sibuga pada PRN Sabah.
A
A
A

SANDAKAN - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga menyaksikan pertembungan lima penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN Sungai Sibuga, Irman Tajudin Edy berkata, lima calon diterima iaitu Datuk Armani Mahiruddin daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), Mohamad Hamsan Awang Supain daripada Barisan Nasional (BN), Irwanshah Mustapa daripada Parti Cinta Sabah (PCS), Kemellia Hasan daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Mohd Jain Aliuddin daripada Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).

Menurutnya, DUN Gum-Gum dan Sungai Manila masing-masing menyaksikan pertandingan enam penjuru.

Sementara itu, Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN Gum-Gum, Sapiah Aliasah berkata, bagi kerusi DUN Gum-Gum, penyandang kerusi daripada Warisan, Arunarsin Taib akan dicabar Suhaimi Nasir (BN), Undang Tumpong (PCS), Zainudin Berahim (LDP), Riduan Sampai (PPRS) dan seorang calon Bebas, Yunus Nordin.

ARTIKEL BERKAITAN: Musa Aman sah tidak tanding PRN Sabah

Sementara itu, kerusi DUN Sungai Manila pula, calon Warisan, Profesor Dr Mahmud Sudin akan berdepan dengan lima lagi calon iaitu Mokran Ingkat (BN), Sahidzan Ag Salleh (PCS), K Zulkipli @ K Zulkipli Harrith (USNO), Dr Md Anuar M A Yusuf (LDP) dan Muhd Arshad Abdul daripada PPRS.

Sementara itu, penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk, Datuk Musbah Jamli menjadi calon bebas selepas tidak dicalonkan oleh mana-mana parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Musbah akan berdepan dengan lima pencabar lain iaitu Abd Alif Saibeh dari Parti Cinta Sabah, Amzah@Hamzah Sundang (Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) ), Mustapha@Mohd Yunus Sakmud (Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kanul Gindol (Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS)) dan Mohd Arsad Bistari (Barisan Nasional (BN)).

Artikel Berkaitan:

Manakala, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang muncul bertanding atas tiket Bebas menentang lima calon lain termasuk Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raime Unggi.

Rubin turut berhadapan dengan calon dari USNO, Rainus Sagulau; Parti Liberal Demokratik (LDP), Juster Peter, Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Lucas Umbul dan PCS, Tay Jin Kiong @ Alfred.