Koeman janji jaga Messi

Messi terus diharap mampu memacu Barcelona.
Messi terus diharap mampu memacu Barcelona.
A
A
A

PENGENDALI Barcelona, Ronald Koeman berjanji akan cuba memastikan Lionel Messi kembali pada tahap terbaik permainannya untuk saingan liga musim depan.

Menurutnya, kudrat pemain kelahiran Argentina itu masih ditagih apatah lagi peranan Messi dalam pasukan cukup penting untuk memacu pasukan.

"Ia sangat bagus untuk dia kekal di sini kerana Messi adalah pemain terbaik di dunia dan memiliki pemain sepertinya dalam pasukan adalah perkara luar biasa.

"Apa yang paling penting sekarang adalah menjaga Messi dan memastikan dia dalam keadaan terbaik untuk bermain. Saya sangat bertuah kerana dia akan terus bermain bersama kami," katanya.

Sebelum ini, Messi menyatakan secara terbuka mahu meninggalkan kelab gergasi Sepanyol sebelum menukar fikiran untuk terus kekal di Barcelona sehingga kontraknya tamat.

Prestasi merudum Barcelona yang gagal menjulang sebarang trofi musim lalu menjadi faktor utama pemenang enam kali Ballon d'Or itu mahu meninggalkan pasukan.

Dalam pada itu, Koeman memberitahu moral dan semangat pasukannya berada pada tahap terbaik dalam rangka persiapan untuk menghadapi perlawanan pertama La Liga menentang Villarreal pada 27 September ini.

"Suasana sangat positif. Pasukan sudah bersama hampir dua minggu dan pemain dalam keadaan baik. Sekarang, saya menumpukan kepada taktikal selepas latihan intensiti fizikal beberapa minggu ini.

Artikel Berkaitan:

"Pemain menunjukkan keinginan dan kemahuan. Ia sangat penting buat saya dan saya gembira dengan kerja keras yang dilakukan pemain, "katanya.