X

Kindly register in order to view this article
!

PM kekal pendirian mahu Sabah selari dengan Persekutuan

Muhyiddin bersama penduduk PPR Taman Sri Keramat ketika Majlis Ramah Mesra di Putatan hari ini.
A
A

PUTATAN - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal dengan pendirian mahu kerajaan negeri sentiasa seiring dengan kerajaan pusat bagi memastikan proses pembangunan Sabah dapat diteruskan dengan sebaik mungkin.

Beliau berkata, dengan hanya bergantung pada bantuan daripada kerajaan negeri ia tidak akan mencukupi sebaliknya tetap memerlukan bantuan dan sokongan daripada kerajaan Persekutuan supaya lebih banyak peruntukan dapat disalurkan kepada Sabah.

"Dalam soal pembangunan luar bandar, kita banyak menyediakan kemudahan jalan raya, api dan air, tetapi masih terdapat kawasan-kawasan yang memerlukan bantuan yang lebih banyak lagi.

“Ya, saya tahu kerajaan negeri sudah sediakan tetapi kalau kerajaan negeri Sabah saja sediakan kemudahan, tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk PPR Taman Sri Keramat di sini, hari ini.

Ketika mengadakan lawatan kerja ke Sabah baru-baru ini, Muhyiddin berkata, ada pihak yang menyuarakan agar negeri itu tidak perlu bantuan kerajaan pusat.

“Waktu saya datang ke sini hari itu, saya ke Kota Kinabalu dan Sandakan, saya berucap seperti ini, ada orang sebelah sana dia marah saya, dia kata tak payah cakap begitu, kita pun belanja wang yang banyak.

"Saya cuma nak tanya, berapa banyak wang dia belanja? Kalau setakat usaha yang dibuat kerajaan negeri semata-mata tidak mencukupi. Sebab itu perlu bantuan dan sokongan dan kerjasama yang rapat dengan kerajaan Persekutuan. Lagi rapat lagi bagus, lagi banyak peruntukan boleh kita sediakan," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, untuk memastikan kerajaan negeri seiring dengan kerajaan Persekutuan, undi rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang amat diperlukan untuk bersama dengan pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Sebab itu kita mahu rakyat bantu saya... Ini Abah ini, walaupun tidak tua sangat.. Kita tentukan Sabah ada bersama-sama dengan PN, kita nak tentukan kerajaan negeri Sabah kita ubah, tukar dan jadikan kerajaan PN bersama-sama rakan yang lain," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!